Kamis, 10 November 2011

kehidupan remaja

KEHIDUPAN remaja hari ini penuh dengan permasalahan sosial yang bukan sahaja merunsingkan ibu
bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan
kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke
arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun jalan
yang salah dan hitam juga mereka pilih. Kes rogol,
ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di
pusat-pusat beli belah, lumba motor haram dan terbaru
kes Black Metal yang mana semua ini semakin berleluasa
dari sehari ke sehari. Mereka seolah suka membuat
sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudharatan
bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada
orang lain. Apa punca dan kenapa? Untuk itu SIASAH
melalui wartawannya Kalsum Hj Ahmad telah menemui
Saudara Mohd Ridhuan Tee Abdullah, seorang pendakwah
bebas merangkap Pengarah Eurobest Holding Sdn Bhd.
Banyak huraian dan penjelasan yang diungkaikan
berkaitan dengan permasalahan remaja hari ini. Ikuti
penjelasannya di bawah.

SIASAH: Pada pandangan Saudara Mohd Ridhuan mengapa
dan kenapa para remaja kita mudah terjebak dengan
perkara-perkara negatif yang bukan sahaja boleh
merosakkan diri mereka tetapi juga agama, bangsa dan
negara?
Ridhuan Tee- Melalui kajian yang dibuat, apa yang
berlaku ke atas remaja-remaja kita hari ini kerana
mereka tidak memiliki hala tuju diri atau matlamat hidup. Mereka
tercari-cari identiti yang mana satu hala yang hendak
diikuti.Mereka tiada matlamat yang hendak dicapai.
Nilai-nilai pegangan asas iaitu agama (kalau ianya
Melayu- Islam) sudah tidak lagi sebati dalam hidup
mereka. Mereka sedang mencari sesuatu. Dalam pencarian
itu, yang tidak baik itulah yang menjadi pilihan mereka. Dengan sebab itu kita lihat bermacam-macam perkara yang merosakkan berlaku. Ada yang terjebak dengan Black Metal, seks bebas, penyalahgunaan dadah, rogol
dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan kebanyakannya berlaku kepada
mereka dalam usia remaja yang gagal peperiksaan (SPM). Gagal SPM tidak beerti gagal dalam hidup. Masih banyak peluang yang menanti. Pokoknya, jangan mudah putus asa.

Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan
solat.Kalaulah kajian ini benar, sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masih samar. Oleh itu
sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena
pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan
permasalahan ini. Kalau tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara dikenali kerana identitinya.

Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam,
Thailand, Filipina, Jepun masing-masing tebal dan
bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya
remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan
identiti orang Melayu. Tetapi itu tidak kelihatan.
Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat
sedangkan mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak elok
tetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara ini berlaku.
Cuba lihat televisyen kebanyakan programnya berbentuk hiburan (kebaratan), filem-filem barat, sudahlah ekonomi dikuasai oleh barat.
Saya sedih orang kita khususnya remaja terlalu mudah
menerima pengaruh dari luar. Mana jati diri sebagai
remaja Melayu, Cina atau India? Saya juga berasa pelik
mengapa pengaruh dari luar ini diterima begitu pantas,
cepat dan diterima secara bulat-bulat. Apakah kita kekurangan budaya dan jati diri sehingga terpakso cedok orang lain punya.

Misalnya muzik. Boleh dikatakan 98% remaja dan anak
muda kita menyukai dan meminati muzik rentak barat. Apa
istimewanya RAP, Heavy Metal, Hip Hop, RnB, kalau
dibandingkan dengan lagu asli seperti Inang, Zapin,
Joget, Keroncong yang sudah menjadi identiti kita. Ia
bukan sahaja lembut tetapi begitu syahdu dan
mengasyikkan bila didengar. Kenapa lagu-lagu seperti
itu tidak mahu ditonjolkan. Kenapa kita perlu cedok
budaya orang lain sedangkan kita ada budaya akita
sendiri. Sepatutnya bila pelancong-pelancong datang,
kita kena tunjukkan budaya dan identiti kita sendiri
yang penuh kesopanan, nilai-nilai kelembutan. Di
situlah kekuatan kita seperti apa yang dilakukan oleh
negara China, Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya.
Mereka tetap mengutamakan ciri-ciri seni budaya yang
diguna pakai sejak zaman dulu. Bukan berbangga dengan budaya dan cara hidup barat.

Contoh, Kerajaan Melaka 600 tahun, sebuah kerajaan yang
hebat, terkenal di seluruh dunia. Kerajaan Melaka terkenal kerana Bangkit kerana pengaruh Islam yang menunjangi kekuatan budayanya. Dunia tidak kenal kerajaan Melaka sebelum kerajaan Melaka menerima Islam. Tetapi bilamana kerajaan Melaka menerima Islam, secara otomatik, kerajaan Melaka terangkat. Inilah kekuatan Islam. Tetapi hari
ini kita sedih kerana generasi kita lupa kepada
sejarah. Kita ambil budaya dari luar. Inilah kegagalan
kita dalam memahami sejarah peradaban bangsa di dunia. Di Negara lain, sejarah tetap diingat sampai bila-bila dan cuba diulangi kegemilangannya.

Untuk menuju ke arah itu kita perlu ada persediaan
yang rapi terutama mengenai kekuatan jati diri yang acuannya
mestilah mengikut bangsa kita sendiri.

Untuk itu kita perlu ada lima asas penting yang
menjadi tonggak dalam membentuk jati diri.

Pertama -Pegangan iaitu agama.
Agama hendaklah menjadi pegangan dan asas dalam kehidupan kerana agamalah yang memartabatkan kehidupan dan tamadun manusia. Tanpa agama, manusia akan terumbang ambing tanpa haluan dituju. Justeru, dengan asas yang kukuh ini, para remaja boleh membawa diri ke mana jua mereka pergi. Bagi orang Melayu Islam. Bila kita ada pegangan, kita akan redha setiap apa yang diberikan oleh Allah sama ada ketentuan baik atau buruk
Kita tidak akan keluh kesah atau kesal di atas apa yang
berlaku. Tetapi kalaulah sebaliknya, sudah pastilah
kita akan mencari jalan mudah atau jalan yang tidak
baik. Contohnya gagal dalam peperiksaan, cara mudah
mengatasinya hisap dadah, berpoya-poya dan sebagainya.
Kerana itu kita perlu ada pegangan.
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 komentar:

Posting Komentar